KHASIAT MINYAK ARGAN GOPLUS

18-4-2019

Miyak Argan 15ml

Khasiat Minyak Argan Asli GOPLUS NETWORK| Kebaikan dan Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu

Minyak argan atau argan oil terkenal dengan kebaikannya dan kelebihannya di seluruh dunia dalam bidang kecantikan dan juga kesihatan. Minyak argan berasal daripada buah pokok Argan ( Argania Spinosa) yang hanya terdapat di Moroccco, Afrika Utara. Pokok ini telah ditemui sejak 150-200 tahun yang lalu dan dilindungi oleh UNESCO. Untuk pengetahuan semua, pokok ini hanya mengeluarkan buah sekitar usia 30-50 tahun dan untuk mendapatkan 1 liter minyak argan memerlukan 30kg buah argan. Proses mendapatkan ekstraknya pula mengambil masa selama 15 jam.

Minyak argan asli mengandungi 1001 kebaikan dari hujung rambut hingga hujung kaki.  Kandungan vitamin A&E, anti oksida, Omega 6 dan asid linoleic di dalam minyak argan asli ini sangat membantu meningkatkan cell-production dan menyihatkan kulit, bibir, kuku, melebatkan rambut, bulu mata dan merawat masalah kulit yang berat seperti eczema, psoriasis, cacar air, chicken pox, kudis, kurap dan sebagainya

Minyak argan kini semakin trending menjadi pilihan makeup artis di Malaysia di jadikan sebagai asas makeup dan di campurkan dengan pelbagai brand foundation disebabkan faktor khasiatnya yang sangat istimewa membuatkan makeup tahan lama dan merawat kulit secara semula jadi.  Tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat kosmetik antarabangsa seperti Loreal, Josie Maran, Dr Scheller dan syarikat-syarikat kosmetik tempatan seperti SimplySiti berlumba-lumba menghasilkan produk kosmetik berasaskan minyak argan. 

Image result for khasiat MINYAK ARGAN

Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada minyak argan, sebaiknya gunakan minyak argan yang tulen untuk penjagaan harian kecantikan anda. Harga minyak argan mungkin agak mahal tapi dengan penggunaannya hanya setitis boleh dikatakan sebagai pengeluaran modal yang berbaloi. Untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus, perlu di amalkan secara konsisten.

Kebaikan dan Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu

1.       Melindungi Kulit dan Rambut

Minyak argan mampu melindungi kulit, rambut dan kuku daripada kerosakan yang berpunca daripadan sinaran UV. Selain melindungi, minyak argan boleh memudarkan sun sports serta menyembuhkan kulit kering jika terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan dengan menggalakan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru.

 

2.       Merawat dan Menyembuhkan Penyakit Kulit

Anti-oksidan yang terdapat dalam minyak argan membantu merawat jerawat ringan dan menyembuhkan parut jerawat. Tambahan lagi dapat membantu pertumbuhan ketuat dan merawat beberapa jenis penyakit kulit seperti eczema, psoriasis, cacar air, chicken pox, kudis, kurap dan sebagainya. Penggunaan minyak argan yang kerap juga dapat mengurangkan tahap kedutan dan menganjalkan kulit.

 Image result for khasiat MINYAK ARGAN

3.       Membantu Proses Penghadaman Yang Baik

Dengan cara menambah minyak argan ke dalam makanan akan meningkatkan proses percernaan yang baik untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat. Sekaligus dapat membantu menurunkan berat badan.

 

4.       Mengurangkan Kadar Kolestrol Dalam Badan

Amalan makan minyak argan sebagai diet harian anda boleh membantu menurunkan tahap kolestrol dalam badan dengan cara menghalang penyerapan kolestrol yang tidak baik dari saluran usus.

 Related image

5.       Menguatkan Kuku

Kuku lebih kuat dan lebih sihat secara semulajadi dengan menggunakan minyak argan. Ciri-ciri anti radang dan anti bakteria yang ada pada minyak argan membantu melawan infeksi pada kulit dan kuku.

 Image result for khasiat MINYAK ARGAN

Minyak argan telah mendapat permintaan yang tinggi dan semakin laris di pasaran. Pasaran minyak argan di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan jenama minyak argan. Malangnya pasaran di Malaysia lebih banyak di dominasi oleh minyak argan yg bukan asli, di tambah pula dengan pelbagai minyak lain dan bahan-bahan campuran yang lain.  Ini kerana minyak argan merupakan antara minyak yang paling mahal di dunia dan agak sukar di dapati.  Tidak hairan jika minyak argan di campur dengan minyak lain dan di jual dengan harga yang sangat mahal. Jika anda tercari-cari minyak argan yang asli dan kaya dan berkualiti tinggi, pilih lah GOPLUS Argan Oil.

 

GOPLUS ARGAN Oil minyak argan asli dari Negara Morocco  sebuah tempat yang muka buminya sangat cantik dan subur dengan tanaman pokok argan.

 Related image

Kenapa Perlu Memilih Goplus Argan Oil

Goplus Argan Oil adalah minyak argan paling asli dengan kualiti minyak tahap paling tinggi. Tidak dicampurkan dengan sebarang bahan kimia. Harga paling istimewa untuk rakyat Malaysia memiliki minyak tersebut.

Bau Goplus Argan Oil berbau minyak argan asli iaitu sejenis bau kekacang.

Sejenis minyak yang tidak melekit dan tidak berminyak.

Mudah meresap pantas ke dalam kulit.

Bersifat semulajadi dan organik.

Boleh dipakai oleh wanita dan lelaki. Sesuai juga di gunakan oleh bayi dan ibu mengandung.

 Image result for khasiat MINYAK ARGAN

Cara Menggunakan Minyak Goplus Argan Oil

1. Kulit

Cuci permukaan kulit sehingga bersih. Titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah. Urut perlahan-lahan sehingga minyak argan meresap kedalam kulit. Boleh guna waktu siang dan malam sebagai pelembap dan boleh dicampurkan dengan sebarang jenis foundation makeup.

2. Rambut

Disapukan pada rambut sebagai minyak rambut pada bila-bila masa. Untuk rawatan rambut, titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada permukaan kulit kepala serta rambut dengan cara mengurut. Gunakan sikit demi sedikit dan berulang kali. Boleh dibiarkan semalaman dan cuci rambut seperti biasa pada keesokkan harinya.

 Image result for khasiat MINYAK ARGAN

3. Kuku, Bibir dan Tumit Kaki

Sapukan minyak argan pada kuku, bibir dan tumit kaki seterusnya urut perlahan-lahan sehingga ia meresap. Boleh diulangi setiap hari. Bagus untuk merawat  bibir kering, kuku yang tidak sihat dan tumit kaki pecah.

Harga dan Cara Mendapatkan Goplus Argan Oil

Goplus Argan Oil boleh didapati dengan dua saiz:

1. Botol saiz 15ml pada harga RM50 (50PV) PROMOSI TERKINI (pos percuma)

2. Botol saiz 40ml pada harga RM100 (100PV) PROMOSI TERKINI (pos percuma)